Sunday, February 8, 2009

BONSAI CUCUR ATAP












Pada dua tahun lepas, penulis telah berkenalan dengan Mat Yee Pintu Geng . Beliau kini dikenali sebagai S Bohari atau Sifu Bohari . Ramai peminat bonsai berkerumun di rumahnya kerana selain peramah dan tidak kedekut tentang salur galur pohon bonsai. Isterinya pun sama. Sama-sama naik tangang Selain daripada itu di laman rumahnya terdapat banyak pohon bonsai yang boleh di tatapi dan dinikmati. Beliau orang kuat Persatuan Bonsai Negeri Kelantan. Beliau seringkali memenangi pertantandingan yang telah dianjurkan baik di peringkat negeri atau kebangsaan. Woou! orang Tionghua pun tabik kepada nya.
Kemudian penulis berkenalan dengan Pak Mat PCB. Orang tua ini adalah pengumpul bonsai yang hebat. Seorang pemain yang beragam ; ayam serama, belalang, burung dan ikan pelaga. Pada perayaana Pesta Orkid banyak pohon beliau yang dipinjamkan oleh individu dan majlis daerah untuk tujuan pertandingan dan pameran. Belaiu di kenali sebagai pelarik atau tukang untuk pohon bonsai.
Wan Yaacob Gunung. Orangnya low profile. Ramai rakan bonsai menganggap beliau setaraf dengan sifu. Orang yang teliti apabila membentuk pohon bonsai. Geng Kubang Kerian terutamanya Seri dan Zuki. Mereka gigih mencari pohon-pohon kesena, beruas dan cucur atap untuk dijadikan bonsai. Begitu juga dengan geng Lee Padang Kala yang gigih dan berusaha dengan mengumpulkan pohon-phon bonsai.
Seorang lelaki misteri tinggal di kaki bukit Keluang Besut. Rambutnya sentiasa panjang. Serupa dengan pendekar Melayu dalam komik-komik Melayu Di kenali sebagi Tok Keluang. Beliau bekerja penuh masa mencari dan mendapat pohon untuk dijadikan bonsai. Beliau mendakwa bonsai yang dimilikinya klasik dan bernilai tinggi. Ada antaranya telah mencecah berpuluh ribu ringgit.
Kenapa Cucur Atap
Di Australia pokok tea tree telah ditanam secara besaran hingga keperingkat ladang. Tea Tree adalah keluarga sama dengan cucur atap . Ianya memberi pulangan pendapatan negara dengan nilai beratus juta ringgit kepada Australia. Pokok ini digunakan dalam produk makanan, kesihatan, kosmetik dan kimia . Pengalaman penulis pokok ini boleh menjadi satu khazanah kerana inya boleh dijadikan bonsai yang bernilai tinggi. Usaha ini tidak dilaksanakan secara serius lagi di Malaysia, sedangkan sumbernya adalah semulajadi.
Bagaimana Cucur Atap
Adakan pelan strategik untuk perlindungan pokok ini
  • Bangunkan perladangan seperti juga getah, kelapa sawit, nenas, dllnya
  • Wujudkan kumpulan usahawan bagi melaksanakan dan menjayakan industri cucur atap
  • Wujudkan taman-taman bonsai sebagai satu identiti pengenalan dan salah satunya ialah taman bonsai cucur atap

Saturday, February 7, 2009

HERBAL TEA CUCUR ATAP





Daun-daun segar daripada pokok cucur atap di kutip kemudian di jemur dengan teliti agar keharuman dan kesegaran dikekalkan . Daun-daun dijadikan tea dan di letakan dalam unjang sebanyak 2mg.
Daun-daun ini mempunyai rasa pahit, kelat, manis dan lemak secara semula jadi. Sebenarnya satu unjang tea ini boleh diminum sebanyak empat kali dengan saiz cawan yang tertera. Dengan amalan meminumnya ianya boleh mencegah dan menyembuh beberapa penyakit demam, uluran, selsema. batu karang,pengedaran haid yang baik.

Harga satu kotak dengan 10 unjang ialah RM 12.00 bagi Semenanjung dan RM 14.00 bagi Sarawak & Sabah.

Sila hubungi En Marzuki Ibrahim ;

Lot 543 Lorong Rela Kg Bunut Payung

15150 Kota Bharu Kelantan

HP 0139184484













Sunday, February 1, 2009

PENGENALAN CUCUR ATAP

Scientific name : Baeckea frutescens L.
Common name : Baeckea
Local name : Cucur Atap
Family : Myrtaceae

Pokok yang berasal daripada benua Australia. Pokok ini tersibar juga di Asia Tenggara dan Selatan Cina termasuk Vietnam. Pokok ini tergolong daripada pokok yang kecil yang hanya boleh mencapai ketinggian 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat; disamping kulit batangnya berwrna kelabu , berkeadaan merekah dan berlurah; daunnya kecil menghijau seperti jarum tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila diramas; bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan berwarna putih bergelang hijau yang kemudiannya berubah menjadi merah jingga. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan tanah beris dan juga tumbuh subur di tanah mineral, ia juga hidup subur di puncak bukit dan kaki bukit.

Khasiat pokok ini telah digunakan oleh bomoh dan bidan kampung sebagai tea herbal untuk kesihatan dan kesegaran. Daunnya dikatakan mampu untuk merawat demam panas, antibakteria , sakit kepala, selsema, campak, uluran, angin, demam kuning , batu karang,wanita yang mempunyai masaalah haid yang tidak lawas dan juandis; minyak yang di ekstrik digunakan untuk urutan

Pati minyak pokok cucur atap mengandungi unsur-unsur kimia pinenes, terpinene, cineole, cymene, limonene, linalool, terpineol, caryophyllen, humulene, expoxide, caryophylle expoxide clovane-2 , 9-doil, chromomanones, chromone-C-glycoside3s. Manakala ektraksi daripada daun mengandungi BF-4, BF-5, BF-6 dan dua phloroglucinols (BF-1 dan BF-2)

Sejarah awal pokok ini adalah amat berkaitan dengan pokok 'Tea tree' (satu famili dengan cucur atap) dimana pada masa pendaratan Jemes Coook di benua Australia tahun 1770 beliau melihat orang-orang asli sedang merebus daun untuk tujuan kesihatan yang seterusnya beliau namakan p0kok itu dengan pokok "Tea tree" .

Sesiapa yang berminat mengenainya sila e-mail : abdull.jaafar@gmail.com