Sunday, February 8, 2009

BONSAI CUCUR ATAP












Pada dua tahun lepas, penulis telah berkenalan dengan Mat Yee Pintu Geng . Beliau kini dikenali sebagai S Bohari atau Sifu Bohari . Ramai peminat bonsai berkerumun di rumahnya kerana selain peramah dan tidak kedekut tentang salur galur pohon bonsai. Isterinya pun sama. Sama-sama naik tangang Selain daripada itu di laman rumahnya terdapat banyak pohon bonsai yang boleh di tatapi dan dinikmati. Beliau orang kuat Persatuan Bonsai Negeri Kelantan. Beliau seringkali memenangi pertantandingan yang telah dianjurkan baik di peringkat negeri atau kebangsaan. Woou! orang Tionghua pun tabik kepada nya.
Kemudian penulis berkenalan dengan Pak Mat PCB. Orang tua ini adalah pengumpul bonsai yang hebat. Seorang pemain yang beragam ; ayam serama, belalang, burung dan ikan pelaga. Pada perayaana Pesta Orkid banyak pohon beliau yang dipinjamkan oleh individu dan majlis daerah untuk tujuan pertandingan dan pameran. Belaiu di kenali sebagai pelarik atau tukang untuk pohon bonsai.
Wan Yaacob Gunung. Orangnya low profile. Ramai rakan bonsai menganggap beliau setaraf dengan sifu. Orang yang teliti apabila membentuk pohon bonsai. Geng Kubang Kerian terutamanya Seri dan Zuki. Mereka gigih mencari pohon-pohon kesena, beruas dan cucur atap untuk dijadikan bonsai. Begitu juga dengan geng Lee Padang Kala yang gigih dan berusaha dengan mengumpulkan pohon-phon bonsai.
Seorang lelaki misteri tinggal di kaki bukit Keluang Besut. Rambutnya sentiasa panjang. Serupa dengan pendekar Melayu dalam komik-komik Melayu Di kenali sebagi Tok Keluang. Beliau bekerja penuh masa mencari dan mendapat pohon untuk dijadikan bonsai. Beliau mendakwa bonsai yang dimilikinya klasik dan bernilai tinggi. Ada antaranya telah mencecah berpuluh ribu ringgit.
Kenapa Cucur Atap
Di Australia pokok tea tree telah ditanam secara besaran hingga keperingkat ladang. Tea Tree adalah keluarga sama dengan cucur atap . Ianya memberi pulangan pendapatan negara dengan nilai beratus juta ringgit kepada Australia. Pokok ini digunakan dalam produk makanan, kesihatan, kosmetik dan kimia . Pengalaman penulis pokok ini boleh menjadi satu khazanah kerana inya boleh dijadikan bonsai yang bernilai tinggi. Usaha ini tidak dilaksanakan secara serius lagi di Malaysia, sedangkan sumbernya adalah semulajadi.
Bagaimana Cucur Atap
Adakan pelan strategik untuk perlindungan pokok ini
  • Bangunkan perladangan seperti juga getah, kelapa sawit, nenas, dllnya
  • Wujudkan kumpulan usahawan bagi melaksanakan dan menjayakan industri cucur atap
  • Wujudkan taman-taman bonsai sebagai satu identiti pengenalan dan salah satunya ialah taman bonsai cucur atap

No comments:

Post a Comment