Sunday, February 1, 2009

PENGENALAN CUCUR ATAP

Scientific name : Baeckea frutescens L.
Common name : Baeckea
Local name : Cucur Atap
Family : Myrtaceae

Pokok yang berasal daripada benua Australia. Pokok ini tersibar juga di Asia Tenggara dan Selatan Cina termasuk Vietnam. Pokok ini tergolong daripada pokok yang kecil yang hanya boleh mencapai ketinggian 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat; disamping kulit batangnya berwrna kelabu , berkeadaan merekah dan berlurah; daunnya kecil menghijau seperti jarum tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila diramas; bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan berwarna putih bergelang hijau yang kemudiannya berubah menjadi merah jingga. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan tanah beris dan juga tumbuh subur di tanah mineral, ia juga hidup subur di puncak bukit dan kaki bukit.

Khasiat pokok ini telah digunakan oleh bomoh dan bidan kampung sebagai tea herbal untuk kesihatan dan kesegaran. Daunnya dikatakan mampu untuk merawat demam panas, antibakteria , sakit kepala, selsema, campak, uluran, angin, demam kuning , batu karang,wanita yang mempunyai masaalah haid yang tidak lawas dan juandis; minyak yang di ekstrik digunakan untuk urutan

Pati minyak pokok cucur atap mengandungi unsur-unsur kimia pinenes, terpinene, cineole, cymene, limonene, linalool, terpineol, caryophyllen, humulene, expoxide, caryophylle expoxide clovane-2 , 9-doil, chromomanones, chromone-C-glycoside3s. Manakala ektraksi daripada daun mengandungi BF-4, BF-5, BF-6 dan dua phloroglucinols (BF-1 dan BF-2)

Sejarah awal pokok ini adalah amat berkaitan dengan pokok 'Tea tree' (satu famili dengan cucur atap) dimana pada masa pendaratan Jemes Coook di benua Australia tahun 1770 beliau melihat orang-orang asli sedang merebus daun untuk tujuan kesihatan yang seterusnya beliau namakan p0kok itu dengan pokok "Tea tree" .

Sesiapa yang berminat mengenainya sila e-mail : abdull.jaafar@gmail.com

No comments:

Post a Comment