Tahukah anda pada tahun 1770 apabila Capt James Cook mendarat di benua Australia beliau melihat orang-orang asli sedang merebus sejenis daun untuk minuman kesihatan. Beliau kemudian menamakan sebagai pokok Tea Tree kerana air rebusan itu seakan sama dengan tea China yang terkenal pada masa itu. Sebenarnya pokok ini adalah dari keluarga Mytaccae. Di Asia Tenggara dan Selatan sejenis pohon yang di kenali sebagai pohon cucur atap (Baekea frutescens L )merupakan famili yang sama dengan tea tree dan untuk kegunaan yang sama untuk mencegah demam, selsema (HINI ! ), uluran, batu karang , kekuningan dan bagi ibu-ibu untuk di minum selepas bersalin dan melawaskan perjalanan haid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment